Sumber: http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2012/11/imam-fakhrurrazi-ra-pernah-mendoakan.html
Isu yang dimainkan hari ini ialah apabila Ustaz Nik Razi Nik Mat
mendoakan kehancuran UMNO baru-baru ini. Sambil-sambil membelek buku
tafsir dan beberapa artikel, saya dapati bahawa satu ketika dahulu, Imam
Fakhrurrazi RA salah seorang ulama tafsir yang terkenal pernah
mendoakan kehancuran untuk golongan yang zalim. X
Doa tersebut ditulis di dalam tafsirnya (Tafsir Fakhr ar Razi),
اللهم أهلك الظالمين وطهر وجه الأرض منهم فقد عظمت فتنتهم وكثر شرهم ، ولا
يقدر أحد على دفعهم إلا أنت ، فادفع يا قهار يا جبار يا منتقم
Ya Allah, hancurkanlah golongan yang zalim, bersihkanlah muka bumi
ini daripada mereka, sesungguhnya fitnah mereka semakin kritikal dan
kejahatan mereka semakin banyak. Tiada siapa yang mampu menghalang
(kezaliman) mereka melainkan kamu. Maka sekatlah wahai Tuhan Yang Maha
Menentukan, wahai Tuhan Yang Maha Kuat, wahai Tuhan Yang Maha
Menghukum!
Beliau membacakan doa ini ketika mentafsirkan Surah al Anfal, ayat 54,
yang menceritakan tentang kezaliman seorang pemerintah Mesir, iaitu
Firaun.
Hari ini "sejarah itu berulang", apabila Ustaz Nik Razi (nama pun hampir
sama) berdoa bagi kehancuran golongan yang zalim di Malaysia.
Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
Ijazah Sarjana Muda (Hons)
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment