Alhamdulillah
Mahu atau tidak... usah dipertikaikan lagi "syariat" itulah landasan bagi setiap yang bergelar insan. Kerana itu suka hamba naqalkan satu hadis daripada guru mulia kita, Rasulullah s.a.w :
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, turutilah ia nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya yakni ALQURAN dan ASSUNNAH".
Kecintaan yang lahirnya dari qalbi bakal mengikhlaskan segalanya ketaatan yang diperintahkan. Adapun di dalam dua perkara itu sudah bagimu untuk mencari segala isi di dunia ini bahkan kau akan memperoleh ganjaran yang dijanjikan di Dar al-Akhirat. Dan tidaklah ketaatan kita untuk mengejar dan menghimpunkan segala isi dunia kecuali semata-mata hanyalah mengharapkan simbahan magfirah dan redhaNya yang tiada banding.
Wahai sekalian insan yang bergelar makhluk
Ketahuilah seorang itu amat lazat jika kekasihnya dipuji. Adapun jalan menuju qurubullah itu banyaknya sebagaimana nafas makhluk. Dan ketahuilah bahawa yang sampai mereka itu sampai kepadaNya dengan banyaknya jalan. Ada yang banyaknya selawat, banyaknya khidmat, banyaknya menuntut, banyaknya menangis di kala 1/3 malam. Maka janganlah kau sukarkan diri dengan mempersoalkan kesukaran. Dan hendaklah sekalian kamu berjalan di atas landasa syariat. Ibarat sebuah kereta api bergerak di atas railnya, andai terbabas maka rosaklah ia.
Hamba bukanlah siapa-siapa yang layak menukilkan kalam hikmah ini, Tetapi andai ini jalan untukku sampai maka hamba harap permudahkanlah.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment