WILAYAH

اهوسهلا و مرهابن بكم

.
Powered by Blogger.

PERMUSAFIRAN HINA

Kehidupan ini hanyalah satu perjalanan yang penuh dengan kehinaan. Andai tiada taat dalam permusafiran ini, manakan limpahan maghfirah akan membasahi kalbu hitam.




"Tidaklah kehidupan di dunia ini hanyalah penipuan semata-mata"

#MINTA PADA SIAPA?

Atiq     : Hilman, aku ada masalah nih..ko bleh tolong aku x?
Hilman : Apa masalah hg?
Atiq     : Aku study x masuk lah. Dah macam-macam cara aku cuba
Hilman : Sebenarnya hang terlupa satu perkara..
Atiq     : Whatsss???
Hilman : Pernah x hang mengadu kepada Yang Maha Mendengar...
Atiq     : aaaaaaa....sunggoh nohhh...

Alhamdulillah
Tuan2 yang dirahmati Allah. Hamba tahu setiap daripada kita mempunyai masalah. Usahlah berdusta. Janganlah berkata tiada masalah. Orang yang tiada masalah pun bermasalah juga. Masalahnya ialah dia tak ada masalah. Biasalah. Allah nak menguji kesabaran seorang hambaNya. Setakat mana dia bergantung kepadaKu.

Kebanyakan daripada kita apabila mempunyai masalah, mereka lupa kepada yang pemberi masalah. Itulah yang sepatutnya kita tetapkan di dalam minda. Bila timbul sahaja masalah maka ketahuilah bahwa laporan itu kita dahulukan kepada Allah. Duduk sorang2 mengadu dengan Tuhan. Masalah aku ini dan ini. Allah cukup suka apabila hambaNya mengadu, meminta, mengharap kepada Dia.

Adapun auliya'ullah itu mereka sangar qarib dengan Sang Khaliq hinggakan mereka lupa kepada makhluk. Tiap2 hari mengadu. Jauh bezanya dengan kita. Kita bila ada sahaja masalah, kita pergi cari makhluk. Betul tak?


Dan ingatlah pesanan daripada hamba yang faqir lagi hina, kata Ibn Athaillah di dalam Hikamnya:

"Tanda seseorang itu bergantung pada amalnya ialah berkurang amalannya tatkala berlaku maksiat"

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment