WILAYAH

اهوسهلا و مرهابن بكم

.
Powered by Blogger.

PERMUSAFIRAN HINA

Kehidupan ini hanyalah satu perjalanan yang penuh dengan kehinaan. Andai tiada taat dalam permusafiran ini, manakan limpahan maghfirah akan membasahi kalbu hitam.




"Tidaklah kehidupan di dunia ini hanyalah penipuan semata-mata"

# ZAMAN FATHRAH


Alhamdulillah....
Sekarang ini berlaku perselishan pendapat sama ada ibunda dan ayanda Nabi kita Muhammad s.a.w ke syurga atau neraka. Setengah mengatakan YA dan setengah mengatakan TIDAK.
Pada hamba, berdasarkan apa yang guru hamba katakan berdasarkan hujah-hujahnya, ibunda dan ayahanda Rasulullah adalah syurga bagi mereka.




SEBAB APA? Pertama sekali, buat pengetahuan sekalian, kata guru hamba syurga itu terbahagi kepada 2 :
  1. Syurga A'mal
  2. Syurga Ikhtisas
Syurga Ikhtisas inilah yang dijanjikan kepada kedua ibu bapa baginda. Kerana apa? Sedangkan mereka tidak pun Islam. Hal ini adalah disebabkan, mengikut pendapat ulama, siapa2 yang hidup pada ZAMAN FATHRAH maka mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga Ikhtisas. APA ITU ZAMAN FATHRAH? Pada zaman ini tidak ada seorang utusan pun yang bergelar Rasul untuk menegur. Jadi, sesiapa yang berada pada zaman itu mereka tidak mendapat seruan, maka dijanjikan kepada mereka syurga ikhtisas.

Adapun syurga a'mal itu Allah kurniakan kepada mereka yang beramal. Syurga Ikhtisas tadi tidak pula untuk mereka yang beramal.

Oleh sebab itu, ibu bapa nabi kita tidak dimasukkan ke dalam neraka bahkan dimasukkan ke dalam syurga disebabkan mereka hidup pada zaman fathrah di mana tidak ada nabi atau rasul dapat menegur atau mnyampaikan seruan Ilahi. Walaupun Nabi Muhammad telah dilahirkan, tetapi tidak lagi dilantik menjadi rasul.

Jika tidak faham bolehlah bertanya.

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment